Monday, August 15, 2011

Ragam Di Tempat Praktikal. Episod 2.


Salam dan salam sejahtera!

Tanpa aku sedari, sudah lebih dari 2 minggu aku berpraktikal di sini. Macam baru semalam aku lapor diri. Ok, ayat nk skema! (Padahal hati menjerit2 nk abes cpt. -_-)

Sambungan kepada ragam di tempat praktikal episod 1. Kali ni aku nk menyampaikan cite pasal sorang customer perempuan ni. Die dah berumur la jgk. So, blh la kot aku panggil dia m.cik kn? Aku ni just praktikal. So cuba2 la utk attend customer even dlm hati ni cuak2 jgk. Untuk pengetahuan anda2 yg comel, kami bdk2 praktikal (mcm ramai je bunyi, padahal yg praktikal 2 org je. haha) diberikn satu access card utk masuk pintu yg dibenarkan utk staff. Then kt access card tu ada tulis perkataan PRAKTIKAL 1.



access card PRAKTIKAL 1
(abaikan cadar Hello Kitty tersebut)


Demi menjaga ke'macho'an aku, aku cuba sedaya upaya utk menyembunyikan perkataan PRAKTIKAL 1 tu supaya customer2 ingat yg aku ni mmg staff kt situ. Aku menyembunyikan perkataan tersebut dgn cara terbalikkan card tu, so customer2 hanya akan nampak putih sahaja pada card tersebut. Dengan cara itu, aku berharap yg mereka akan lebih confident bila aku layan diorang dan secara tidak langsungnya aku pn turut meng'confident'kn diri aku. Hahaha. Setakat ni menjadi jgk taktik ni, cuma sekali dua je terkantoi. Hehe.



tadaaa....
access card PUTIH


Ok, sambung kepada cite m.cik yg td. Aku pn panggil la m.cik ni, dan bawa m.cik tu ke bilik rundingan. Lepas betul2 aku bukak pintu bilik tu n m.cik tu langkah je kaki kanan beliau yg cantik tu, m.cik tu bg salam kt aku. Lalu begini la perbualan tersebut :


M.cik yg comel : Assalamualaikum..

ZACK bukan nama sebenar : Waalaikumussalam..

M.cik yg comel : Err,sebelum tu m.cik nk tanya. MELAYU kn???

ZACK bukan nama sebenar : Erk! (tersedak mak!) Ye m.cik. Sy melayu tulen lg asli dtg dari kepulauan jawa tengah. (yg blakang tu aku tambah2 je)

M.cik yg comel : Owh, bukan apa. Takot awak ni org Cina, m.cik bg salam pulak kn. Teehehe (senyum simpul paling menawan)

ZACK bukan nama sebenar : Pfttttt! (sambil membalas senyuman paling menggoda!)


Ok, pengajaran kt sini adalah sy MELAYU tulen asli dtg dari kepulauan jawa tengah tau m.cik yg comel. Takat nk ckp "ni hao ma" dgn "wo ai ni" blh la. Hahaha. By the highway, ada muka Cina ke ZACK bukan nama sebenar nih??? -_-





yg sebelah aku tu mmg jawa TULEN nok!




ada ala2 artis Chinese Taipei?? -_-




ala2 cover majalah mangga. pffttt! -_-


p/s : Kenapa mata aku sorang je yg mcm ni dlm family aku? Aku rasa masa dulu2, mak aku suka tgk cita jackie chan kot. Tu yg jd mcm ni. -_-



4 comments:

  1. gambar ko posing tu mmg buat aku loya hahaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas comment anda yg sgt ikhlas itu. sy amat menghargainya! hahaha. =)

    ReplyDelete
  3. bajet majalah mangga okeyh! haha.

    ReplyDelete