Thursday, August 11, 2011

Ragam Di Tempat Praktikal. Episod 1.


Salam dan salam sejahtera!

Yoshhh! Da lama gle aku x update sejak2 menceburkan diri dlm bidang lakonan dan penyiaran nih. Hahaha. (Blagak kunun2 terjebak dlm bidang hiburan). Bkn ape, sejak2 da start praktikal ni, hari2 aku blh dikatakn normal daripada biasa! Selalunya aku tdo lewat, paling awal tdo pukul 1 pg. Sejak2 da praktikal ni, x dapek la kn nk tdo lmbt mcm tu. Sekarang ni aku tdo awl. Kadang2 balik keje dlm pukul 5 tu, x dan bukak seluar, zass! Landing atas katil tros. Memang blh kate aku padam tros la n bgn time berbuka. Kikiki. =P

Sekarang ni baru la tau yg kehidupan sebagai seorang pekerja ni mmg penat. Tambah2 bulan puasa. Lately aku x sihat, slalu bdn rase x sedap. Ah! Persetan kan sume tu, yg penting, aku nk grad cpt. Then keje cpt, kawen pn nk cpt! Wahh! Angan2 kau. Kelas kau Maria! Hahaha.

Post aku kali ni, aku nk cite pasal suasana kt tempat praktikal aku. Setakat hari ni, aku da praktikal selama 2 minggu. Ok, meh aku cite secara ringkas masa minggu pertama aku dtg sebagai seorang bdk praktikal yg berhingus. 1hb Ogos a.k.a 1 Ramadhan, aku gerak ke tempat praktikal aku. Bg sape2 yg tak tau aku praktikal kt mane, sila layari di sini. Pagi tu, sesi suai kenal dijalankn. Bagusnya diorang ni, akan ada sesi utk doa n akn diakhiri dgn bersalaman antara satu sama lain. Mungkin ni salah satu cara nk merapatkn lg hubungan antara staff2. Salute2! Lepas tu aku pn dibawa menjelajah ke seluruh pelosok dlm bangunan tu. Diorang ada 3 department. Mula2 jumpa staff2 tu sume, rase tkot pn ada coz masing2 muka mcm serius n da berumur jek. Wah! Mcm la aku ni muda sgt kn,kn. Tp nsb baik la ada sorang mamat tu sama umur dgn aku. Nama dia Farez. Syok lepak dgn dia coz peramah. Then ada la beberapa lg org yg umur diorang tua 3-4 taon dari aku. Blh la masuk jgk dgn diorang. Kira sembang tu x pyh mcm org2 tua sembang la kn. Hahaha.

Masa hari pertama n kedua tu, aku n sorang lg kwn praktikal aku dari kampus yg sama, x de buat pape pn. Juz tgk staff2 tu buat keje. Meja sendiri pn kitorang x de. Da x de meja sendiri, aku pn duduk la kt tmpt duduk customer. Kadang2 berdiri. Duduk. Berdiri. Duduk balik. Tu je la keje aku pn masa tu. Sampaikan ada sorang akak staff tu yg bernama Kak Ada berkata2 perli kepadaku :

Kak Ada : Aishh. Risau aku dgn bdk2 ni. Da mcm audit jek. (sambil pandang ats bwh)

Taufix : Wahh! Kelas kau Maria! (haha. brani plak aku sebagai bdk praktikal nk ckp mcm tu. =P). Aku juz senyum je. Tapi yg pasti, senyuman kene la menggoda kn. Baru la diorang x perli lebih2. Hahaha.



Tapi ada lg satu situasi yg paling bez! Ada salah sorang akak staff tu kata muka aku mcm Shaheizy Sam! Owh pehlishh! (padahal da riak da ni. da kembang semangkuk da. hahaha.)
Akak tu plak x de la tua mana, umur 26 kot. Staff laki lain g usik akak tu kate ajak aku kuar la, nk nombor aku la (ok, yg ni aku tipu. hahaha.) Aku berada di awang-awangan seketika pada waktu itu. Padahal da la gemuk, perut buncit, x cukup tinggi. Ada hati nk samakn diri dgn Sam? Jangan harap la kn. Tapi agak2, same x??? Ce compare, ce compare. =P




ada la sikit kot kn,kn? =P


Ok, cukup sudah masa utk perasan. Proceed, proceed kepada cerita yg seterusnya. Ada sekali tu, ada sorang abg staff. Nama beliau Rusydi. Masa tu, aku x de keje, so die ada sumthing nk bg kt aku utk aku buat. Tapi die ni susah betul nk ingt nama aku. Kalau nk panggil aku jek mesti akn ckp "ishh, ape eh name kau? lupa la.."
Ha, mcm tu la beliau setiap kali ingin memanggil aku. Sampai la satu hari tu, die nk panggil aku.


En Rusydi : ishh, ape eh name kau??

Taufix : err, taufik.

En Rusydi : haa, taufik. ko tolong hantar statement ni kt si die ni.

setelah selesai penghantaran statement....

En Rusydi : ishh, ape eh name kau??

Aku pn da naik bengang, lalu aku terus dgn spontan menjawab...

Taufix : nama sy ZACK!

En Rusdyi : (sambil tersenyum) haa, zack. kau tolong pass kn benda ni kt die.


Hahaha. ZACK pn blh! Haha. Layan je la brader tu. Tapi aku ingtkan benda ni sampai situ je. Skali brader Rusydi ni terus panggil aku sebagai ZACK. Haiyoo. Sampaikan masa perjumpaan di pagi hari, dia panggil aku ZACK sampai semua staff kt situ mengenali aku sebagai ZACK. Ya ampun. Biar la. Asalkan lu hepy brader. Hehe. Hah. Mane pulak la pegi idea2 aku yg lain yg aku nk story kt sini. Tiba2 da lupe. Maybe da lapar sgt kot. Sampai naik lupa da ni. X pe2, nnt agak2 kalau aku da ingat, aku update k. (mcm la ada org nk baca. -_-). Haha. Ok. Sampai di sini saja. Gua da lapa dan mengantok nih. Salam Ramadhan buat anda2 semua! =)

By the highway, HYE, NAMA SAYA ZACK! =)

No comments:

Post a Comment