Monday, August 15, 2011

Ragam Di Tempat Praktikal. Episod 2.


Salam dan salam sejahtera!

Tanpa aku sedari, sudah lebih dari 2 minggu aku berpraktikal di sini. Macam baru semalam aku lapor diri. Ok, ayat nk skema! (Padahal hati menjerit2 nk abes cpt. -_-)

Sambungan kepada ragam di tempat praktikal episod 1. Kali ni aku nk menyampaikan cite pasal sorang customer perempuan ni. Die dah berumur la jgk. So, blh la kot aku panggil dia m.cik kn? Aku ni just praktikal. So cuba2 la utk attend customer even dlm hati ni cuak2 jgk. Untuk pengetahuan anda2 yg comel, kami bdk2 praktikal (mcm ramai je bunyi, padahal yg praktikal 2 org je. haha) diberikn satu access card utk masuk pintu yg dibenarkan utk staff. Then kt access card tu ada tulis perkataan PRAKTIKAL 1.



access card PRAKTIKAL 1
(abaikan cadar Hello Kitty tersebut)


Demi menjaga ke'macho'an aku, aku cuba sedaya upaya utk menyembunyikan perkataan PRAKTIKAL 1 tu supaya customer2 ingat yg aku ni mmg staff kt situ. Aku menyembunyikan perkataan tersebut dgn cara terbalikkan card tu, so customer2 hanya akan nampak putih sahaja pada card tersebut. Dengan cara itu, aku berharap yg mereka akan lebih confident bila aku layan diorang dan secara tidak langsungnya aku pn turut meng'confident'kn diri aku. Hahaha. Setakat ni menjadi jgk taktik ni, cuma sekali dua je terkantoi. Hehe.



tadaaa....
access card PUTIH


Ok, sambung kepada cite m.cik yg td. Aku pn panggil la m.cik ni, dan bawa m.cik tu ke bilik rundingan. Lepas betul2 aku bukak pintu bilik tu n m.cik tu langkah je kaki kanan beliau yg cantik tu, m.cik tu bg salam kt aku. Lalu begini la perbualan tersebut :


M.cik yg comel : Assalamualaikum..

ZACK bukan nama sebenar : Waalaikumussalam..

M.cik yg comel : Err,sebelum tu m.cik nk tanya. MELAYU kn???

ZACK bukan nama sebenar : Erk! (tersedak mak!) Ye m.cik. Sy melayu tulen lg asli dtg dari kepulauan jawa tengah. (yg blakang tu aku tambah2 je)

M.cik yg comel : Owh, bukan apa. Takot awak ni org Cina, m.cik bg salam pulak kn. Teehehe (senyum simpul paling menawan)

ZACK bukan nama sebenar : Pfttttt! (sambil membalas senyuman paling menggoda!)


Ok, pengajaran kt sini adalah sy MELAYU tulen asli dtg dari kepulauan jawa tengah tau m.cik yg comel. Takat nk ckp "ni hao ma" dgn "wo ai ni" blh la. Hahaha. By the highway, ada muka Cina ke ZACK bukan nama sebenar nih??? -_-





yg sebelah aku tu mmg jawa TULEN nok!




ada ala2 artis Chinese Taipei?? -_-




ala2 cover majalah mangga. pffttt! -_-


p/s : Kenapa mata aku sorang je yg mcm ni dlm family aku? Aku rasa masa dulu2, mak aku suka tgk cita jackie chan kot. Tu yg jd mcm ni. -_-



Thursday, August 11, 2011

Ragam Di Tempat Praktikal. Episod 1.


Salam dan salam sejahtera!

Yoshhh! Da lama gle aku x update sejak2 menceburkan diri dlm bidang lakonan dan penyiaran nih. Hahaha. (Blagak kunun2 terjebak dlm bidang hiburan). Bkn ape, sejak2 da start praktikal ni, hari2 aku blh dikatakn normal daripada biasa! Selalunya aku tdo lewat, paling awal tdo pukul 1 pg. Sejak2 da praktikal ni, x dapek la kn nk tdo lmbt mcm tu. Sekarang ni aku tdo awl. Kadang2 balik keje dlm pukul 5 tu, x dan bukak seluar, zass! Landing atas katil tros. Memang blh kate aku padam tros la n bgn time berbuka. Kikiki. =P

Sekarang ni baru la tau yg kehidupan sebagai seorang pekerja ni mmg penat. Tambah2 bulan puasa. Lately aku x sihat, slalu bdn rase x sedap. Ah! Persetan kan sume tu, yg penting, aku nk grad cpt. Then keje cpt, kawen pn nk cpt! Wahh! Angan2 kau. Kelas kau Maria! Hahaha.

Post aku kali ni, aku nk cite pasal suasana kt tempat praktikal aku. Setakat hari ni, aku da praktikal selama 2 minggu. Ok, meh aku cite secara ringkas masa minggu pertama aku dtg sebagai seorang bdk praktikal yg berhingus. 1hb Ogos a.k.a 1 Ramadhan, aku gerak ke tempat praktikal aku. Bg sape2 yg tak tau aku praktikal kt mane, sila layari di sini. Pagi tu, sesi suai kenal dijalankn. Bagusnya diorang ni, akan ada sesi utk doa n akn diakhiri dgn bersalaman antara satu sama lain. Mungkin ni salah satu cara nk merapatkn lg hubungan antara staff2. Salute2! Lepas tu aku pn dibawa menjelajah ke seluruh pelosok dlm bangunan tu. Diorang ada 3 department. Mula2 jumpa staff2 tu sume, rase tkot pn ada coz masing2 muka mcm serius n da berumur jek. Wah! Mcm la aku ni muda sgt kn,kn. Tp nsb baik la ada sorang mamat tu sama umur dgn aku. Nama dia Farez. Syok lepak dgn dia coz peramah. Then ada la beberapa lg org yg umur diorang tua 3-4 taon dari aku. Blh la masuk jgk dgn diorang. Kira sembang tu x pyh mcm org2 tua sembang la kn. Hahaha.

Masa hari pertama n kedua tu, aku n sorang lg kwn praktikal aku dari kampus yg sama, x de buat pape pn. Juz tgk staff2 tu buat keje. Meja sendiri pn kitorang x de. Da x de meja sendiri, aku pn duduk la kt tmpt duduk customer. Kadang2 berdiri. Duduk. Berdiri. Duduk balik. Tu je la keje aku pn masa tu. Sampaikan ada sorang akak staff tu yg bernama Kak Ada berkata2 perli kepadaku :

Kak Ada : Aishh. Risau aku dgn bdk2 ni. Da mcm audit jek. (sambil pandang ats bwh)

Taufix : Wahh! Kelas kau Maria! (haha. brani plak aku sebagai bdk praktikal nk ckp mcm tu. =P). Aku juz senyum je. Tapi yg pasti, senyuman kene la menggoda kn. Baru la diorang x perli lebih2. Hahaha.



Tapi ada lg satu situasi yg paling bez! Ada salah sorang akak staff tu kata muka aku mcm Shaheizy Sam! Owh pehlishh! (padahal da riak da ni. da kembang semangkuk da. hahaha.)
Akak tu plak x de la tua mana, umur 26 kot. Staff laki lain g usik akak tu kate ajak aku kuar la, nk nombor aku la (ok, yg ni aku tipu. hahaha.) Aku berada di awang-awangan seketika pada waktu itu. Padahal da la gemuk, perut buncit, x cukup tinggi. Ada hati nk samakn diri dgn Sam? Jangan harap la kn. Tapi agak2, same x??? Ce compare, ce compare. =P




ada la sikit kot kn,kn? =P


Ok, cukup sudah masa utk perasan. Proceed, proceed kepada cerita yg seterusnya. Ada sekali tu, ada sorang abg staff. Nama beliau Rusydi. Masa tu, aku x de keje, so die ada sumthing nk bg kt aku utk aku buat. Tapi die ni susah betul nk ingt nama aku. Kalau nk panggil aku jek mesti akn ckp "ishh, ape eh name kau? lupa la.."
Ha, mcm tu la beliau setiap kali ingin memanggil aku. Sampai la satu hari tu, die nk panggil aku.


En Rusydi : ishh, ape eh name kau??

Taufix : err, taufik.

En Rusydi : haa, taufik. ko tolong hantar statement ni kt si die ni.

setelah selesai penghantaran statement....

En Rusydi : ishh, ape eh name kau??

Aku pn da naik bengang, lalu aku terus dgn spontan menjawab...

Taufix : nama sy ZACK!

En Rusdyi : (sambil tersenyum) haa, zack. kau tolong pass kn benda ni kt die.


Hahaha. ZACK pn blh! Haha. Layan je la brader tu. Tapi aku ingtkan benda ni sampai situ je. Skali brader Rusydi ni terus panggil aku sebagai ZACK. Haiyoo. Sampaikan masa perjumpaan di pagi hari, dia panggil aku ZACK sampai semua staff kt situ mengenali aku sebagai ZACK. Ya ampun. Biar la. Asalkan lu hepy brader. Hehe. Hah. Mane pulak la pegi idea2 aku yg lain yg aku nk story kt sini. Tiba2 da lupe. Maybe da lapar sgt kot. Sampai naik lupa da ni. X pe2, nnt agak2 kalau aku da ingat, aku update k. (mcm la ada org nk baca. -_-). Haha. Ok. Sampai di sini saja. Gua da lapa dan mengantok nih. Salam Ramadhan buat anda2 semua! =)

By the highway, HYE, NAMA SAYA ZACK! =)

Saturday, July 16, 2011

Ada Apa Dengan HUBUNGAN?


Salam dan salam sejahtera

Untuk pengetahuan semua, aku tgh pakai mask.
Coz aku tgh sapu2 screen depan aku nih.
Aku rase mcm da berhabuk jek belog nih, mcm2 kebinatangan da masuk.
Hahahaha...
(mcm la lawak sgt.. (-_-!) )

Ok, sebenarnya aku tgh boring.
Owh, asal boring je baru nk ingat kt belog??
Mungkin persoalan di atas ada yg menimbulkannya.
Tapi sebenarnya bukan mcm tu, nk tulis karangan dlm belog ni memerlukan waktu yg cukup.
So, time boring mesti la byk masa kn, kn? Haha.
Dan yg paling penting, kene ade mood.
Skrg ni mood aku tgh serabut, sesuai la kot nk update. Kot. Huhu.

Ok, ari ni aku nk cite sikit pasal hubungan.
Bila kita cakap pasal hubungan, dgn secara automatikanya mesti kita pk pasal dua.
Mesti punya lah! caye x, caye x??
Ni lah antara dua yg akan timbul dan terjojol kt benak fikiran korang2.
Hubungan antara dua jiwa, dua hati dan dua perasaan.


sweet la tu konon?



yg ni lg sweet la konon??



yg ni...errr..korang jgn gelak eah...sweet jgk tau!

Haa..btol x aku ckp? btol x, btol x??
p/s : kalo x btol, ko x normal! ko blh dikategorikan sebagai manusia xde nafsu! haha


Tapi disebalik perkataan hubungan tu sendiri, hubungan itu adalah subjektif sebenarnya.
Sebab hubungan ni ada byk jenis.
Ada hubungan 1 jenis, 2 jenis, 3 jenis dan berjenis-jenis.
(Jangan lupa, hubungan sejenis pn ado! errkk!)

Ok, kalau nk ckp yg ko tu ada hubungan 2 hala je, iaitu merujuk kepada dua jiwa, dua hati dan dua perasaan, maknanya korang xde mak bapak, xde kwn2, xde sedara mara, dan senang cite dunia ni hanya utk ko n pasangan ko je la.
Memang pemikiran sempit betul. (-_-)
Jangan dilupakan bahawa kita2 ni masih ada hubungan yg lebih penting lg selain hubungan sesama manusia iaitu hubungan dgn Allah, dan juga hubungan dgn alam.
Ini sebagai peringatan kepada aku jgk, kadang2 jiwa tgh kacau, tgh serabut, sampai kita lupa yg kita ni ada hubungan dgn Allah.
Jadi bila da tgh serabut tu, sila2 la renungkn kembali, sama ada sudah cukup atau tidak hubungan anda2 dgn Pencipta sekian makhluk di sekian alam ini.

INSAF-INSAF
-_-


p/s : bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup untuk 1,000 tahun dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan meninggalkan dunia ini pada esok hari!
semoga dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat diampunkan. Amin. =)

p/s nombor dua : ini adalah post serabut. even serabut, harap dpt memberikan manfaat kepada kita semua. Love, taufix.

Thursday, June 23, 2011

lelaki handsome vs lelaki tak handsome vs perempuan



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap : wow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap : eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata : nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap : memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap : wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempua
n yang diganggu
Perempuan akan kata : entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata : sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata : mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : jangan sedih, kan saya ad
a..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata : ...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap : perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap : sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap : matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap : bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap : mesti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata : tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap : naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap : let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata : kuat nangis!! lelaki ke bukan ni??








p/s : kadang2 rase mcm btol pn ada...blh pakai ke x pernyataan nih? hmmm... (?_?)

Saturday, June 11, 2011

Sempurnakah Aku??


Sempurnakah Aku??

Bila ckp pasal sempurna,kita sebagai org Islam,mesti mengakui bahawa tiada yg sempurna di dunia ini kerana kita hanyalah manusia biasa yg sentiasa dikelilingi dgn pelbagai khilaf dan kesalahan...
Tapi x semestinya itu boleh kita jadikan alasan utk melakukan kesilapan berulang-ulang kali..
Jangan jadikan kekurangan kita sebagai manusia sebagai satu peluang utk kita melakukan kesilapan berulang kali..
Dan kita harus ingat,memang tiada manusia yg sempurna kecuali Muhammad saw,tapi kita masih boleh menuju ke arah kesempurnaan..
Maksudnya menuju ke arah kesempurnaan di sini adalah dengan mengurangkan kekhilafan dan meningkatkan kebaikan dlm diri kita..
Itu lebih baik bukan?

Tapi,ya..
Kita sebagai manusia biasa,hanya mampu memperingati sesama kita..
Begitu juga dgn aku..Aku juga masih byk kekurangan dlm diri ni..
Even bila da sedar perbuatan yg aku buat tu salah,tp still lg kadang2 buat kesalahan yg sama..
Itulah manusia..
Tapi alhamdulillah,setiap kali aku sedar kesalahan tu,aku akan renung-renungkan kembali kesalahan aku,dan aku akan cuba untuk membuat sesuatu perubahan kepada yg lebih baik...




i'm sorry,i know that i'm not a good person or a nice person,but still,i have feelings and i deserve a happiness...............
just asking for A happiness,not lots of happiness.....

semoga Kau ampunkan dosa-dosaku,dosa ibu bapaku dan juga dosa-dosa umat Mu Ya Allah dan berikanlah sedikit kebahagiaan kepadaku...Aminnn...

Wednesday, June 8, 2011

1 Minggu di Bentong, 1 Minggu di Jengka?



salam dan salam sejahtera wahai segala mahkluk..
ok,actually gua xde mood sgt nk tulis2 belog gua,tp disebabkan gua kebosangnan,
gua menepaksakn diri gua utk meneruskan hajat yg tiada di hati..
??????
(ape la yg ko merepek ni taufik???)

ahh,lantak laa...
gua bukan ape beb,tp gua kebosangnan sekarang nih..
dok kt dlm bilik hotel sorang2,tanpa ditemani sebarang mahkluk hidop,
owh,sgt2 la ohsem!!
mcm org gile!

ok,intro da xde kene mengena dgn tajuk belog di atas,better gua proceed dgb tajuk tu
sebelum lu org bengang dgn gua...
okeyh..
cuti sudah start lame dah..
last gua post pasal internship gua,then teros senyap
(dat time kunun2 bwat mcm bz study la,tu yg x update belog)
hahaha..padahal,mmg pemalas gile nk update...
tp mmg bz pon mase tu..mcm2 nk kene bwat...
jenis bwat keje plak last minit...
aku lupa nk snap bukti yg kitorang bwat assignment sampai kol 7.15..
padahal nk kene present kol 8.30..
hahaha..
tu la assignment aku yg paling lewat n paling sempoi...
(yg nih group assignment eah,kalo individual aku bwat on time!)
ye2 je bwat on time! haha...
ok,cuti sudah dtg n aku akan start practical 1hb 8...
lambat lg kn?

so sementara tggu sampai ke bulan 8 tu,aku kene mengisi mase lapang aku..
dan2 plak mber aku kate ade keje kosong
jd part timer mengajar
mengajar satu kaedah yg dipanggil sebagai kaedah ilmu ghaib!
hahahaha....ghaib la sgt,kang aku btol2 ghaib,pdn muka aku
bukanlah,ni kaedah mokhdar..
so aku telah diberi kursus 5 hari then kene posting kt mane2 skola yg
diorang nk bwat program tu...
1st week aku kene posting kt bentong..






ni student gua masa kt bentong..innocent jek muka mcm chegu die kn,kn? =P

at 1st aku kene kt
jerantut...
humangaihh!!
x nk ceruk plak kn!
so dgn sepantas kilat,aku pon mintak tukar kt bentong,senang sikit coz
ada umh akak aku...

okeyh,then aku ingatkn nk stop coz blh tahan pnt jgk dok mengajar
bdk2 skola ni...
tp last minit aku dpt col soh pegi bwat program kt bandar pusat jengka plak
hadoi laa...
penat seyhhh...
tp aku pk2 balik,da la diorang bg kursus seminggu,then keje pon juz 2 mggu je
so ape la salah kalo aku pay back ape yg diorang bg kt aku
coz kursus yg diorang bg tu FOC
(free of charge and exact amount utk kursus adalah rm850)
so aku bergerak la ke jengka dgn muka selekeh gila..

and now,here i am!





sitting all alone,talking to the laptop with cheesy cheesy!

kt jengka ni sah2 la aku dok sorang2..
that's why aku kate mcm org gile..
nk g mane2,x tau..
so,dok diam2 kt bilik,seat back n enjoy ape2 movie yg ade..
menarik bukan?
umpama traveller yg macho lg berdikari di jengka!!! =')

Wednesday, March 30, 2011

2 Berita Baik dan 1 Berita Buruk Dalam 1 Minggu (28.3.11 - 3.4.11)


salam dan salam sejahtera...

2 berita baik dan 1 berita buruk,,anda nk tau yg ma
na satu?? ce teka,ce teka....haaa,,teeeettt!!
masa da tamat!!
so,,aku pilih berita baik dan di selang selikn dgn berita buruk...
alaa,,mula dgn berita baik,berita buruk pastu berita baik balik...
haa,,ok kn,kn? (ngengade)

okeyhh,kite mulakan dgn aksi yg pertama....beri
ta kebaikan aku yg aku rase mmg terbaik dari ladang pak hang,coz benda ni yg aku dok tggu2 selama 3 minggu bai....(aku ulang,3 MINGGU)
iaitu,keputusan nombor ekor!! hahaha....opssss,terlebih sudah....sory2...
ianya adalah keputusan tempat praktikal yg aku dok tggu2 tu laa...
akhirnya aku telah mendapat offer letter menerusi e-mail daripada pihak bank rakyat yg mengatakan aku blh bwat praktikal di
cawangan tg. malim! ya beda bedu!!
balik umah beb
!! hahaha....



(yg ni gambar cawangan lain eah)

okeyh,berita baik pertama sudah dijelaskan....seterusnya berita yg kurang baik adalah,adalah.....
ARAU BANJIR..... T_T

yg ni agak pedih dan perit utk aku dan yg lain2 melaluinya....
banjir beb,bkn blh bwat main...silap2,blh jmpe boya(buaya) dok terapung2 kt tgh jalan,sapa nk jwb??
(bwat hiperbola yg melampau2)
sejak 2-3 hari lepas,hujan x berhenti2 kt arau nih...baru hari ni hujan da berhenti....alhamdulillah la kn...
tp semalam aku n housemate merangkap classmate juga telah membeli stock mcm org terperangkap kt 1 pulau yg sgt jauh dan tidak akan dijumpai oleh manusia lain...
megi x nk 2 pack sorang,beras,telur,sardin,bwang besar,bwang putih dan kemudian kita taburkan sedikit jintan manis yeh....selepas mendidih,blh la kite masukkn sedikit gula...
(haaaa????)
hahaha,,,xde la memain jek.. =P
tp mmg byk la barang yg kitorang beli smlm,bukan ape,utk keselamatan jek,tkot jd mcm sem lepas,banjir agak trok dan sume makanan kt kdai2 habis disapu oleh bdk2 uitm yg kebuluran mcm kitorang nih...
x sanggup eden nk menempuhinya lg...

okeyh,,the last one...iaitu berita baik....sume student uitm arau perelih akan dibekukan aktiviti mereka selama 4 hari bermula 31 March sehinnga 3 April....dgn kate lain,kami mendapat cuti selama 4 hari!!
(padahal 2 hari jek,sabtu ahad da mmg cuti da kn)
so,dgn cuaca yg semakin baik dan kami mendapat cuti yg panjang,mmg syiok la dok rest,tdo n mkn then tdo balik pastu main game kt umah ni..haha..
opppsss,,dlm masa yg sama keje2 belambak2 (yakni assignment dan juga test) still lg akan diusahakan dgn secepat mungkin....

so itulah dia,2 berita baik dan 1 berita buruk dalam masa 1 minggu..
so,sementara menunggu keadaan kembali tenang seperti biasa dan normal,marilah kita beramain game seframe dua...
ape la salahnya kn,kn? hahahahahahaha....
(adess,,lapo la plak...haa,mkn dulu)

so,setakat ini sahaja kwn2 sekalian yg comey2 dan hensem2...
kite jumpe di hari dan waktu yg sama bersama sy...
lap,lap u!!! <3<3<3

p/s : korang ado 2 berita baik n 1 berita buruk dlm seminggu?? ado?? non-ado!! aku je ado....hahaha... ^_^

Friday, March 4, 2011

Layan Video Anak Pak Zain,,Wuhuu~~

x mo ckp lebeyh....
moh kite layan lagu ni beserta lirik
(senang cite,karaoke sorang2 kt dlm bilik)
=)


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Friday, February 18, 2011

Kecelaruan Praktikal

salam sejahtera kepada anda-anda semua ! bertemu lagi kita di dlm rancangan......boom,boom,tebabom!! hahaha.... lama sudah aku tidak meng'update'kn blog nih... dekat 3 bulan la jgk,an,an? bukan ape,bila da cuti semester bermula,line kt umh aku tu tros jadi songsang yg teramat sgt2! rase mcm nk bertaubat byk2! so,adalah lebih baik aku tros off9 daripada menunggu page tu loading... kalo nk tggu loading,semut kt umh aku tu blh sampai ipoh da kalo race dgn line celcom tuh! hahaha....

okeyh,selama hampir 3 bulan tidak meng'update'kn blog,aku nk cite benda2 yg aku terlepas utk diceritakan...
ce cite,ce cite...

ceritanya bermula begini : setelah abes cuti semester,aku pulang ke arau dan aku tros mengubah persepsi aku iaitu,akan menjadi seorang pelajar yg berdedikasi lagi berkaliber... hahaha... gila geli ayat... ok2,sambung.... aku jalani kehidupan sebagai seorang pelajar lagi dan tanpa disangka2 yg aku da berada di tahun akhir kt arau nih! perghhh.... rase mcm terharu sgt2! haha.... semester depan,aku da start utk buat praktikal... kami harus mencari sekurang -kurangnya 3 company utk menyelesaikan urusan praktikal ni.... jadi aku telah membuat pilihan :



1st : Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda
(cawangan Tanjung Malim)



2nd : Majlis Daerah Tanjung Malim



3rd : KWSP Cawangan Ipoh


kalau blh aku nk buat praktikal kt bank coz aku da ada basic diploma in banking... da blaja banking,better ambik company banking2 jgk kn? lgpon aku mmg minat dgn banking,tu sebab utama aku nk buat praktikal kt situ... tp keputusan masih tidak diketahui lg... harap2 dapat la aku buat praktikal kt situ.... dan sebab kedua aku nk buat kt situ adalah dekat sgt2 dgn rumah....
pape hal senang,sakit ke,ape ke... dan yg paling penting,rancangan pemakanan aku akan lebih terjamin bila duduk dgn family! hahahaha....

so,aku masih lg menunggu keputusan yg sewajarnya... harap2 encik kt bank tu setuju la hendaknya dgn resume yg telah sy sediakan utk encik yeh! hehe.... once kalo aku da dapat result,akan ku post lg di blog aku nih! yezzaaa~~
itu saja utk hari ini....

semoga kita berjumpa lagi kamu2 yg chantek2 dan comey lg kacak bergaya! =)
adiosa~~~